Isnin, 17 Oktober 2011

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah 

(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat     berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.


1 ulasan:

  1. bagus ni... mskkn gak lak bidang tugas guru hihihi sng sy nk tgk hihihi

    BalasPadam