Isnin, 17 Oktober 2011

TENTANG PRASEKOLAH

Sedar tak sedar dah hampir 7 tahun prasekolah ini wujud di SKSS... Dan kelas pun sudah bertambah menjadi dua kelas iaitu PRASEKOLAH CEMERLANG dan PRASEKOLAH GEMILANG.Prasekolah Cemerlang dihandle oleh saya sendiri Pn.Normah & Prasekolah Gemilang oleh Pn. Minachi.Untuk melancarkan lagi pengurusan prasekolah, saya dibantu oleh 2 orang PPM, Pn. Rozana serta Pn. Shaharah yang rajin dan melaksanakan tugas penuh bertanggungjawab. Pn. Minachi adalah guru sandaran terlatih yang baru sahaja berkhidmat di SKSS pada awal bulan 4. Sebelum Pn. Minachi,guru prasekolah GEMILANG adalah En. Mohd Saiful Farizal.Beliau adalah guru yang paling lama berkhidmat di Prasekolah SKSS semenjak tahun 2005 hingga 2010.Segala jasa bakti dan kenangan yang beliau curahkan di Prasekolah SKSS amat saya hargai.Prasekolah SKSS mempunyai 34 orang murid bagi sesi 2011.Saya mengajar murid prasekolah yang berusia 6 tahun, manakala Pn. Minachi mengajar murid 5 tahun.Pelbagai aktiviti dan program yang telah saya jalankan sepanjang berada di Prasekolah SKSS ini. Segala program dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dengan kerjasama dan bantuan cikgu-cikgu,kakitangan bukan guru,ibu bapa,PPM dan murid-murid tersayang..Namun apa yang diharapkan penambahbaikan dan lebih banyak aktiviti dan program dapat dilaksanakan dimasa akan datang.insyaallah.....

0 comments:

Catat Ulasan