Sabtu, 4 Februari 2012

Tahun 2012


Assalamualaikum..kedatangan tahun 2012 memberi satu azam dan semangat pada ku dalam mendidik anak-anak prasekolah ini..untuk pengetahuan semua..sambutan kemasukkan prasekolah SKSS adalah diluar jangkaan.seramai 40 orang murid mendaftar. ini adalah pertama kali setelah 7 tahun aku berkhidmat di sekolah..aku dengan lapang dada  menerima kehadiran murid-murid yang comel ini..tahun ini juga aku terpaksa memikul beban dalam melaksanakan tugasan hal ehwal prasekolah, kerana cikgu meena sedang berpantang,selama 3 bulan bulan..mungkin pertengahan bulan 3 beliau akan kembali bertugas..Namun,mujurlah pihak sekolah dapat menyediakan guru ganti.guru yang akan mengambil alih tugas puan minachy ialah puan hanisah..tq sgt2 kerana cikgu hanisah sudi mengambil alih tugasan tersebut..buat sementara ini aku terpaksa mengajar murid 6 tahun yang seramai 26 orang.puan hanisah pula 14 orang semuanya murid 5 tahun.nanti bila cikgu meena balik baru murid-murid tu dibahagi sama rata..hope pasni tiada masalah lah...untuk bulan nie, banyak dah aku ngaja..tapi prisip aku ialah objektif mesti tercapai..klo ajar ikut silibus bdak2 x pham wat perkan..so aku guna kan teknik aku jer..yg penting budak2 sonok..alhamdulillah tgk bdak2 happy gn aku.walaupun aku nie garang(garang k???hahahha)..tp mmg penatla tahun nie..aku nk ucap tq kt cikgu meena cz ajar budak 5 thun pd thun lepas dengan baik.kesemua menguasai kemahiran mnulis.abc pon x da da sampai x kenal satu ape pon.mcm budak2 kemas..tension giler,.mcmana la cikgu kemas nie ngaja..pegang pensil pun ade yg masih x boleh..da la tu huruf pon x kenal..bagi 1 huruf x sampai 5 saat da lupe..mmg geram tul..nakal plak bkan main, x da peraturan betul.mcm bdak 5 thun plak..aku x salahkan budak2 tu..geram pade cikgu yang ajar,.huhu...apapun aku mengharapkan satu keajaipan pada budak2 tu..aiman,anuar,akmal,adam,abu..belajar tul2 ek..dengarla ckp cikgu..k la tu ajer nk luah..ape2 pon aku happy sangat2 gn bdak2,kelas yg baru ne,ibu bapa n ppm yg bnyk membantu aku..sedih sgt2 klu aku dpt tukar..huhu...last sekali,.meh le jengok2 pe aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan januari ini.. 
Diri saya
Mengenal huruf


Mengenal nombor


Keluarga saya






                                    

Khamis, 8 Disember 2011

PROGRAM PRASEKOLAH KPM

Prasekolah
Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Latarbelakang
18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat pendidikan prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persedian untuk masuk ke sekolah rendah.
Konsep
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

Lokasi
Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.

Pengurusan
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

Murid
Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

Kurikulum
Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan Sekolah
  • Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar.
  • Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.

Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak memasuki mana-mana prasekolah.
  • Tiada operator tadika lain.

Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.
  • Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
  • Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.

Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik atau bangunan prasekolah.
  • Permintaan masyarakat setempat.

Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi memohon disediakan prasekolah di kawasan mereka.

Kriteria Pemilihan Murid
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 5 dan 5+ tahun.
  • Setiap kelas 25 orang murid.
  • Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.

Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.

Geran Per Kapita (PCG)
  • RM100 seorang murid setahun
  • RM100 X 25 murid X 1 kelas
  • Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

Bantuan Makanan
  • RM1.50 seorang murid sehari
  • RM1.50 X 1 murid X 200 hari
  • Jumlah : RM300 seorang murid setahun

Program-Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)

Selain itu Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) dimulakan pada 2001. Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga Februari 2004, KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd

Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun 2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:
  • Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
  • Prasekolah Bermasalah Penglihatan
  • Prasekolah Bermasalah Pendengaran

Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan prasekolah (preschool) di seluruh dunia.

Rabu, 7 Disember 2011

AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Kemahiran motor halus memerlukan pergerakan otot-otot kecil, biasanya koordinasi dengan mata, tetapi juga termasuk pergerakan lidah dan bibir, menggerakkan jari-jari kaki dan koordinasi kaki-mata Kemahiran motor halus biasanya juga digunakan untuk tujuan berkomunikasi, kedua-dua fungsi dan ekspresif, misalnya menulis atau menaip teks, manipulasi peralatan atau membuat kerja-kerja seni.

Semasa berumur 3 – 5 tahun, kanak-kanak biasanya membuat banyak kemajuan dalam membina kemahiran motor halus dan kecekapan tangan. Walau bagaimanapun, kemahiran ini masih memerlukan masa, kesabaran dan banyak latihan. Kemahiran motor halus termasuk:
  • Kawalan motor okular– kebolehan mata untuk mengikut dan memberi tumpuan ke atas objek di dalam ruang penglihatan.
  • Koordinasi tangan-mata – kebolehan untuk melaksanakan aktiviti dengan tangans, berpandukan mata memerlukan ketepatan dalam penempatan, arah, dan kesedaran ruang .
  • Koordinasi kaki-mata – kebolehan untuk melaksanakan tindakan dengan kaki, berpandukan pandangan mata.
  • Kecekapan tangan – kebolehan dengan tepat memanipulasi tangan dan jari-jari untuk menulis dengan kemas, melukis, kemahiran menaip dan sebagainya.
  • Stereognosis – kebolehan untuk mengenal pasti objek yang tidak dapat dilihat menggunakan deria sentuh.
  • Persepsi Tactile – interpretasi informasi dipindahkan melalui jari sehingga ke otak.


Untuk kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus yang baik, ia juga memerlukan kemahiran sokongan yang diperlukan untuk menjadi lebih baik perkembangkannya. Sebagai contoh kanak-kanak perlu mempunyai kekuatan dan kecekapan tangans dan jari-jari sebelum mula memegang a pensel secara betul dan mula membuat aktiviti menulis. Ini boleh membantu mengelakkan cara menggenggam pensel yang salah.

Membina Kemahiran Motor Halus

Tidak kira berapa cekap anak anda pada tahap mana-mana kemahiran, selalulah menggalakkan dan motivasi mereka dengan pelbagai galakan positif untuk meningkatkan kebolehan mereka. Ingat, setiap individu memiliki keunikan kekuatan dan kelemahan. Saya percaya di dalam hidup ini kita semua perlu belajar untuk memperbaiki kelemahan diri dan boleh diterima, berikan imbuhan untuk mereka di mana perlu sementara memusatkan permerhatian menggunakan, membina and menikmati kekuatan dan bakat. Tidak semua orang sempurna. Tujuan melakukan aktiviti stimulasi ini adalah untuk membantu anak anda mengembangkan setiap kebolehan potensi uniknya, bukan untuk over-stimulate atau cuba untuk membentuknya menjadi super-babies!

Di bawah ini adalah beberapa cadangan untuk melakukan aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak anda untuk mengembangkan kemahiran motor halus. Walaupun ia secara umum, anda boleh menyesuaikannya bergantung kepada tahap kebolehan dan umur anak anda.

1. Aktiviti manipulasi:
1.1 Manipulasi doh: menggentelnya menjadi bola-bola kecil, memintal menjadi doh yang panjang dan sebagainya.
1.2 Mengoyakkan kertas menjadi cebisan kecil– menggunakannya untuk kolaj atau menggumpalnya menjadi sebiji bola.
1.3 Memintal surat khabar menggunakan kesemua tangan dalam satu masa untuk mengembangkan kekuatan otot.
1.4 Menguntai manik atau makaroni.
1.5 Aktiviti menguntai.
1.6 Memotong menggunakan gunting, menggunakan cengkaman yang betul.
1.7 Manipulasi penyepit baju untuk mengutip objek-objek kecil.
1.8 Bermain fingerplays.

2. Aktiviti sensori
2.1 Melukis menggunakan jari atau manipulasi terhadap benda-benda cecair dengan jari-jari dan tangan misalnya bermain lumpur, melakar menggunakan sos tomato (kicap) di atas pinggan.
2.2 Mengutip objek-objek kecil dengan jari-jari, seperti pegboard pegs, bijiran dan sebagainya.

3. Aktiviti untuk mengembangkan keseimbangan atau stabiliti
3.1 Berjalan seperti kereta sorong, berjalan seperti ketam, bergayut di taman permainan untuk mengembangkan kekuatan bahagian atas badan.
3.2 Bekerja di atas permukaan mendatar seperti papan hitam atau easel di mana memerlukan pinggang untuk dibengkokkan baik untuk membina kemahiran motor halus.


Posisi badan yang tegak menggalakkan posisi pinggang yang stabil untuk mengembangkan pergerakan ibu jari yang baik, kekuatan otot-otot motor halus dan menggalakkan penggunaan kedua-dua otot-otot tangan dan bahu Jika anda tidak mempunyai papan hitam atau easel di rumah, tampal keratan akhbar atau bahan bercetak ke atas dinding dan biarkan anak anda melukis dan menconteng di atasnya.
Biarkan dia melukis bulatan besar, menggunakan seluruh tangan. Biarkan dia melukis garisan lurus melintang di lembaran kertas dari atas ke bawah, menegak dan melintang dalam kedua-dua arah, menggunakan keseluruhan tangannya.

Isnin, 5 Disember 2011

AKTIVITI KREATIVITI ESTETIKA



PEMIKIRAN BEBERAPA TOKOH TENTANG KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH (bahagian 2)


Pengaruh Tokoh Lain Terhadap Pendidikan Masa Kini


1. STANLEY HALL

Hall sangat mengeritik pendekatan yang dilakukan Froebel dengan kindergartennya dan ia menginginkan lebih menekankan pada bermain bebas dan ia lebih memperhatikan kesehatan jasmani dalam kindergarten yang tradisional. Ia bersama-sama muridnya mendorong para pendidik untuk lebih banyak belajar tentang anak dan psikologi yang merupakan acuan dasar dalam pengajaran.

2. J. McVICKER HUNT

Berdasarkan studi penelitian yang dilakukannya pada akhir 1950, paling tidak yang diukur sebagai intelegensi sifatnya tidak menetap, tetapi dapat dipengaruhi oleh pengalaman. Dengan penemuan tersebut mendorong para pendidik pada umumnya dan prasekolah khususnya untuk selalu melakukan program intervensi bagi anak-anak usia dini. Program intervensi dirancang khususnya untuk anak yang berasal dari keluarga yang kurang beruntung. Misalnya anak-anak yang mengikuti progran intrevensi yang belum pernah melihat kebun binatang, maka dengan program tersebut dirancang suatu kunjungan ke kebun binatang terdekat.

3. BENJAMIN BLOOM

Penelitian yang dilakukan oleh benjamin bloom mengamati kecerdasan dalam rentang waktu tertentu. Dari studi tersebut ditemukan bahwa pengukuran kecerdasan anak pada usia 15 tahun merupakan hasil pengembangan dari anak usia dini.Bahwa anak dapat menguasai tugas-tugas yang dihadapkan kepada mereka disekolah, tetapi memang benar bahwa ada anak yang membuutuhkan waktu lebih lama dan bimbingan yang lebih intensif dibanding teman seusianya

4. JEROME BRUNER

Burner yakin bahwa mata pelajaran apa saja dapat diajarkan secara efektif pada anak-anak pada taraf perkembangan yang berada dalam berbagai tingkatan. Burner mengumukakan bahwa program intervensi adalah program yang dirancang untuk mengubah beberapa elemen dilingkungan tersebut. Burner percaya bahwa kunci untuk menjadi guru yang berhasil adalah bila ia memahami bagaimana memandang dunia dan kemudian menterjemahkan mata ajaran secara tepat sesuai dengan bagaimana anak memandang dunia pada saat tersebut.


Tokoh-Tokoh Mutakhir Dalam Bidang Pendidikan Anak Di Barat


1. CONSTANCE KAMII

Konsep autonomy merupakan tujuan dari semua bentuk pendidikan
Ia yakin bahwa anak-anak sebaiknya mengetahui apakah pekerjaan yang dilakukan benar atau salah tanpa tergantung orang dewasa. Biasanya apabila orang dewasa menanyakan apakah jawaban aritmatika yang dibuat benar atau salah, anak dengan cepat menghapus jawaban yang telah ditulis tanpa pertimbangan lagi. Kamii menginginkan agar para murid mengetahui bahwa jawabannya benar dan mengusahakan kebenaran dari jawabannya yang ditulis sendiri.


2. DAVID ELKIND

Anak-anak membutuhkan dukungan yang kuat untuk bermain dan kegiatan yang dipilih sendiri dengan tujuan untuk dapat bertahan dalam stress yang ada sekarang dalam lingkungan anak
Anak tidak dapat dipersiapkan untuk menghadapi sters dengan mengalami lebih dulu pada awal kehidupan mereka. Akan jauh lebih sehat bagi anak-anak bila dalam kegiatan bermain dan dalam perkembangan anak tidak ada stres yang berarti. Elkind percaya bahwa anak-anak yang mempunyai pengalaman seperti yang tersebut di atas akan lebih baik dipersiapkan untuk mengatasi stres dalam kehidupan masa dewasa kelak.


3. LILIAN KATZ

Lilian Katz meneliti beratkan pekerjaannya pada proses belajar mengjar.ia menjelaskan bahwa guru perlu memikirkan tenteng dampak pendidikan terhadap pengalaman anak Sekolah bagi ketz merupakan tempat pemerolehan pengetahuan,sikap,ketrampilan dan watak Pengenalan aktivitas yang bersifat akademis yang tidak tepat untuk anak-anak,kemungkinan akan merusak kemampuan belajar bidang yang lain,karena anak telah merasa tidak mampu seperti pengalaman yang lalu.katz menyebutnya ketololan yang dipelajari yaitu suatu perasaan tidak mampu yang disebabkan diberikannya kegiatan yang tidak tepat (sesuai dengan kematangan anak)


4. DAVID WEIKART

Metode pengajarannya menggunakan prinsip-prinsip sebagai berikut:
  • Memberikan lingkungan yang nyaman dan aman
  • Memberikan dukungan terhadap tingkah laku dan bahasa anak
  • Memberikan bantuan kepada anak dalam menentukan pilihan dan keputusan
  • Memberikan bantuan kepada anak untuk dapat menyelesaikan masalahnya sendiri dan melakukannya sendiri.


SUMBER: buku PENDIDIKAN ANAK PRASEKOLAH oleh DR. Soemiarti Patmonodewo. Penerbit Rineka Cipta

Isnin, 17 Oktober 2011

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah 

(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat     berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.